Pulau Kapas, Terengganu

Alkisahnya kami plan nak bagpack dah agak lama, so akhirnya last last jadi juga sebab last minute plan yang selalunya menjadi. Trip ni patut pergi 4 orang sebab nak penuhkan kereta, tapi last last Azrul tak dapat join sebab cuti tak lulus, pastu try ajak Amir ngan Atat tapi mereka takleh join gak sebab fulus tak mengizinkan, try ajak Paan last minute tapi dia dahde hal. So henjut je lah bertiga.

Kenapa pilih Pulau Kapas? Sebab hanya 3 jam 45 minit dari Segamat. Since Waie (asal Kelantan) memang dahde dekat rumah Iddin (Segamat), memang cantik la plan sebab rumah aku nak ke rumah Iddin 1 jam je. So terus kitaorang plan nak drive tengah malam sebab nak elak jammed.
Pukul 1 pagi aku terus shoot drive ambik depa kat Segamat. Tapi sangatlah celaka sebab sampai sampai dua dua tengah tidur tak packing apa apa lagi. Jadi patut gerak pukul 1 pagi terus jadi 330 pagi baru gerak dari Segamat. Terus aku suruh Iddin drive aku nak tidur dalam kereta otw ke Jeti
Sebelum sampai Jeti, kami ke pasar dulu cari bahan kering untuk makan kat sana. Memang dah plan bawak banyak makanan kering so jimat duit makan kat sana. Sambil tu beli juga nasi bungkus RM2 kat pasar so dah jimat makan tengahari kat Pulau.
Lepas settle beli terus henjut ke jeti. Terus usya harga. Cas pergi balik Pulau + Peralatan Snorkeling (jaket + mask snorkeling) sepanjang trip ke sana hanyalah RM50/seorang.
Harga cun, onz!
Naik bot ke Pulau dalam 15 – 20 minit je. Sampai sampai Iddin terus minta amik gambar. Pastu terus kitaorang merayau cari bilik termurah hahaha. Untuk mereka yang nak jimat teruks, kami cadangkan bawa khemah, banyak gila tapak khemah kat sini. Public toilet & shower pun ada! Selesa.
Akhirnya kami pilih Pakya Seaview (dari jeti, belok kiri). Hanya RM90 semalam. Bermaksud RM30/pax/semalam. Sangat murah. Nak kata selesa tu kira okay la dengan harga dibayar. Alaa buat tidur je pun. Yang best pasal Pakya Seaview ni sebab kat sebelah chalet ada kedai makan milik Pakya juga. Kedai makan ni paling murah kat Pulau Kapas. Selain itu, dari chalet jalan kaki tak sampai 2 minit dah sampai ke surau awam & tandas. Convenient la.
Ingatkan nasi bungkus nak makan tengahari, sekali sampai bilik terus makan sebab penat tawaf cari bilik paling murah hahaha.
Ni view dari bilik kami
Terus nak bergambar depan bilik
Tengah tengah panas buta kami terus snorkeling dan berendam sebab geram tengok laut biru
Selfie dalam air laut
Mampu berendam sejam je sebab panas nak mampus. Snorkeling pukul 1 tengahari hahahaha.
View ketika nak balik bilik
View dari tangga tepi pulau. Baru balik snorkeling.
Oleh kerana malam tadi tak tidur driving terus qada tidur hahahaha inilah rupa dugong dugong terdampar kepenatan.
Sedar sedar dah maghrib. Terus kami amik wudhu pergi ke surau kat sebelah chalet. Solat berjemaah. Iddin banyak jadi imam kat sini. Best betul solat kat sini sebab sambil solat sambil dengan bunyi ombak + sunyi sangat. Takde bunyi kelab dan lain lain. Angin pun sejuk!
Malamnya, kami tawaf satu pulau cari port best. Ok, takde aktiviti best langsung waktu malam kat sini! Just ada 2 – 3 kelab untuk mabuk mabuk so aku amik je la haha.
Endup, kami patah balik chalet makan kat kedai tepi chalet. Sepinggan nasi goreng RM8 (ada telur mata). Air coke RM4. Lepak la main kad je malam tu.
Dah tengah malam, dorang makan maggi beli kat pasar sebab lapar. Aku malas nak tidur sebab ngantuk haha.
Hari kedua! Kami ada dua plan sebenarnya iaitu Batu Berakit ngan Bukit Singa. Nak dijadikan kisah kami dapat berborak dengan orang kampung pulau kat situ pagi tu. Katanya, Bukit Singa dah tak cantik sebab ada manusia bodoh yang campak puntung rokok lepastu terbakar satu bukit so bukit dah togel. Cukup marah mamat tu dia cakap ni sebab viral la ni jadi macam ni. Tapi last last mamat tu macam kamcing ngan kami. So tiba tiba dia kata kat Pulau Kapas ada lokasi tersembunyi cantik iaitu Blue Lagoon! Dia terus share lokasi kat kami, tapi dia cakap terus awal awal, jangan bagitau sapa sapa. Dia tak nak tempat tu viral.
So, kami pun terus ke Batu Berakit. Kena hiking. Ok jom.
Trekking dalam 45 minit. Penat jugalah sebab trek agak naik sedikit.
Waie jumpa ulat gonggok gergasi ketika dalam perjalanan
Halfway perjalanan akan jumpa signboard ni
Dah 80% perjalanan, tiba tiba trek turun menjunam. Rupanya dah nak sampai. Kalau jumpa pokok daun berduri maksudnya dah nak sampai la tu. Ok time ni dah barai penat sebenarnya.
Sekali keluar dari trek terus dijamukan dengan pemandangan ni! CANTIK GILA WOIHHH.
Amik gambar la apa lagi
Ceh
Acah siak mamat ni
Pastu terus ke trek tersembungi blue lagoon
MASYALLAH LAGI CANTIK. Dia ada cliff (lebih kurang 2 metre) untuk kau terjun ke air yang sangat biru dan dalam. Bawah cliff tu juga ada gua yang ada air dalam tu. Boleh masuk kalau nak tapi kami lupa bawak alatan snorkeling so tengok dari luar je. Tapi sumpah tempat ni cantik. Cantik sampai tak banyak gambar kami ambil, lebih kepada nak menghayati.
Berendam
Biarlah kami je tauuu kat mana Blue Lagoon ni hahaha
Sebelum chiow, ambil gambar kenangan dulu
Nak jugak
Balik apa lagi makan laa hahahaha.
Sekian

Overall, Pulau Kapas adalah not bad. Dengan kos tak sampai RM100/seorang, memang berbaloi sangat nak bercuti kat sini santai santai. Ok siotlah aku takde idea nak buat kesimpulan. Ok tu je la kot bye hahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *