[Video Resipi] Sambal Cili Padi Ikan Masin

Alkisahnya aku baru beli peralatan shooting video memasak untuk hobi masa lapang maka itu terhasillah blog post ini hahaha!

Sambal Cili Padi Ikan Masin ini adalah sambal penyelemat bagi aku ketika kemalasan melanda! Aku suka prepare sambal ini dalam balang dan aku grab je balang ni bila malas nak masak. Makan dengan nasi putih ayam goreng kunyit memang pergi!

Bahan:
5 ulas bawang putih
2 genggam cili akar ( +/- 200g)
4 tangkai cili merah
5 biji bawang besar ( +/- 300g)
3 biji tomato saiz sederhana
3 biji limau kasturi
1 sudu maggi cukup rasa
1 sudu gula pasir
1/3 sudu garam
3/4 cawan minyak masak

Cara:

  1. Kisar bawang putih, cili merah dan cili akar menggunakan food processor. Jika tiada boleh ditumbuk menggunakan lesung batu. Jika tiada juga gunakan blender dan blend kasar menggunakan minyak.
  2. Hiris halus bawang besar menggunakan food processor. Jika tiada gunakan pisau.
  3. Potong dadu tomato.
  4. Hiris limau dan dapatkan air jusnya.
  5. Panaskan minyak kemudian masukkan semua bahan yang disediakan dari step 1 – 3. Gaul rata dan kecilkan api ke paras sederhana.
  6. Tunggu semua bahan layu dan pecah minyak. Sekali sekala kacau sambal untuk elakkan sambal hangus.
  7. Apabila sambal telah pecah minyak, masukkan maggi cukup rasa, gula, garam dan perahan air limau. Kacau rata dan sambal siap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *